Wednesday, September 22, 2010

Koir Kemerdekaan KMS

Sambutan Kemerdekaan Peringkat KMS

Pertandingan Koir antara blok Capella, Canopus, Mira, Polaris dan Vega. Kelima-lima blok ini telah berentap dengan persembahan mereka masing-masing bagi memenangi petandingan tersebut dan sekaligus menyemarakkan semangat 1malaysia yang dipupuk bersama bagi menjayakan program ini.




Pemenang Persembahan Koir

Johan 

Blok Asrama Perempuan 2 (Polaris)

Naib Johan

Blok Asrama Perempuan 3 (Vega)

Ketiga

Blok Asrama Lelaki 1 (Capella)

Keempat

Blok Asrama Perempuan 1 (Mira)

Kelima

Blok Asrama Lelaki 2 (Canopus)


Friday, September 17, 2010

ƳΔβ Ƭʋи Ɖя мαнαтнιя мσнαмα∂


Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri yang paling banyak menyumbang dalam perubahan arus pemodenan Malaysia. Pada zaman beliau, sambutan kemerdekaan begitu bermakna kerana sehingga kini masih jelas kehangantan sambutanya dalam ingatan . Lagu tema dan Logo Hari Kebangsaannya sangat sebati dengan generasi si mana saya mengorak langkah, satu demi satu ke alam remaja. Masakan tidak, Keranamu Malaysia telah menjadi tema selama enam tahun, Enam tahun yang sangat memberangsangkan bagi saya. Harapan saya agar sambutan hari kebangsaan tidak akan pernah pudar meskipun sudah 100 tahun lamanya. 

Kemerdekaan akan tetap terpelihara sekiranya rakyat tahu menghargai apa yang telah dicapai oleh pemimpin untuk negaranya serta rakyatnya.

SELAMAT HARI MALAYSIA! =]
wakil H1P4

Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia






Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 Septemberpada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kiniSabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Tuesday, August 31, 2010

Lawatan Legasi








  


  

 


  






Iftar Ramadhan dan Sambutan Kemerdekaan

Kolej Matrikulasi Selangor turut meraikan sambutan kemerdekaan dan bulan ramadhan yang jatuh pada bulan yang sama dengan program iftar ramadhan yang diadakan pada 30 Ogos 2010 di Surau as-Sufi.

Program dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Ustaz Sayyuti sementara menunggu ketibaan anak-anak yatim dari Panglima Garang.


Pelajar, Pensyarah, staff kolej dan tetamu kolej kemudiannya dijemput untuk berbuka puasa bersama.

Sebelum menunggu kemuncak 12 tengah malam, majlis diisi dengan program bicara tokoh serta tayangan kemerdekaan.


Laungan Merdeka telah dilaungkan diketuai oleh Encik Azra sebanyak 7kali, diikuti oleh pelajar-pelajar KMS.

Merdeka Malaysia!



Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos, 2007, Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

Wednesday, August 25, 2010

Pertandingan Menghias Blok sempena Bulan Kemerdekaan







Permandangan dari Blok Asrama Mira

Friday, August 20, 2010

Pertandingan Pembinaan Blog Kemerdekaan

Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan..
bengkel asas blog telah diadakan bermula jam 3.00ptg tadi
di makmal komputer kolej..

Bengkel asas ini diadakan bagi menyiapkan pelajar untuk menyertai pertandingan pembinaan blog kemerdekaan yang dijalankan selaras dengan aktiviti kemerdekaan kolej.

Setiap kelas tutoran wajib menghantar wakil dan menyertai pertandingan ini.